Friday, November 5, 2010

Berhenti menulis..

 Alkisah.. aku memang suke menulis dan mengarang. Tapi untuk beberapa bulan ni aku tak ada masa lah nak buat benda2 ni semua. Cerita banyak tapi aku banyak update kat Facebook jek. Aku tak rasa mengarang dalam blog ni merupakan salah satu daripada hobi aku yang serba serbi sibuk. Cuma mungkin bila aku ada masa nak tulis panjang panjang aku akan cerita kat sini sepuas puas hati aku. Bukan sebab aku cuma nak share cerita sedih aku je kat sini, cerita happy pun aku ada banyak nak cerita. Tapi kalau lah setiap memori yang aku lalui aku dapat save gambar and print out serta merta kan bagus. Hahaha. Cakap jela kau ni pemalas, Ocha!

Hari ni aku tak rasa nak bercerita tapi aku rasa nak berkongsi lirik2 lagu yang aku minat. Lantak korang yang baca ar nak suka ke tak. Ni blog aku, suke suki aku la nak wat pe kan kan kan?

*For The Rest Of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you


*Sepi


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam



Huhuhu. Okesss. Sudah sudah. Aku nak kejar wat keja lain pulak ni. Tengok lah kalau aku rajin lepas SPM t aku sambung buat karangan lagi ye. Daaaaa. Mmmuah!






Thursday, October 14, 2010

Setiap Orang Ada Masalah Tersendiri.

Lumrah hidup, semua manusia mesti mempunyai masalah. Masalah, masalah, masalah. Sampai mati masalah takkan selesai. Jadi, dengan akal yang ada ni kita kena sentiasa berfikir macam mana nak selesaikan masalah yang kita hadapi. Walaupun ayat aku kali ni agak skema, tapi, ADA AKU KESA? Erm.

Mungkin aku ni ditakdirkan jadi tempat untuk orang nak luahkan perasaan, lepaskan perasaan, dan mungkin memainkan perasaan. It's okayy. Nak kata pengalaman aku ni banyak sangat sampai boleh nasihatkan orang tu, tak gak. Sebab kebanyakan nasihat aku, datangnya daripada kawan kawan yang selama ni tolong support aku bila aku susah and selalunya kecewa.

Macam ni la, aku bukan penat penat membina ayat kat sini untuk cerita masalah orang. Tapi untuk tolong bagi support kat kawan kawan aku, especially my bestie, Adriana, Fazira Azwa dan Diana. Aku tau masalah korang ada jalan cerita yang berbeza beza. Tapi perasaan tu sama iaitu KECEWA, SEDIH. Benda yang sama gak jadi kat aku tapi mulai sekarang, aku akan simpan masalah aku and jadi pendengar terbaik untuk korang.

Bukan senang nak hilangkan perasaan sedih and kecewa. Aku tau and teramat faham. Benda ni akan ambil masa. Tapi, it depends on how you try to forget about it. Kalau berusaha, mesti boleh punya! Kita kan wanita moden! Konsep aku sekarang senang je. " Walau berat and susah mana masalah aku, kat luar sana ada lagi ramai yang masalah dia lagi teruk daripada aku yang Tuhan uji setakat hujung jari". Disebabkan konsep ni lah, aku dah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri and tak menangis pasal sesuatu yang tak berapa layak nak disedihkan.

Ingat, air mata kita terlalu mahal untuk jatuh sesuka hati. Tapi aku faham jugak, setiap orang ada hak dan perasaan untuk rasa sedih and jatuhkan air mata. Tak ada siapa boleh kawal kalau dah air mata tu nak jatuh gak. Aku faham sayang. Tapi cuba rilex, and try no to think about it. Macam aku, luaran nampak aku ni sosial sangat. Keluar sana sini, merayap entah ke mana, ukur jalan Muar. Orang tak tau apa yang buatkan kita jadi macam tu. Bukan untuk larikan diri daripada masalah tapi just sebagai salah satu cara untuk tak fikir hal tu. Got it?

Wawa, please sayang. Jangan fikir negatif. Benda tu just a small matter. Kau ni stress sebab nak SPM kan? Dah dah.

Adriana, my dear. You can count on me. Kita tak pernah berhentri support awak. No matter how hurt you're, please sayang. Jangan biarkan mata awak bengkak lagi and tertipu dengan orang yang memang tak boleh dipercayai.

My dearest Diana, aku tahu kau "makan dalam". Tapi, dah berapa kali aku nasihatkan kau. Jangan mengharap pada yang tak pasti. Macam kau nasihatkan aku, jodoh kita, kita tak dapat tentukan. Lepas ni, jangan nak senang senang percaya pada orang. Aku tak nak kau sedih. Bukan aku nak suruh kau serik. Tapi ingat, hati kita, perasaan kita, terlalu istimewa dan berharga. Jangan bazir kat orang yang tak tahu nak hargai dan ada ego yang terlalu tinggi. Tak guna bersabar untuk orang yang tak tahu nak hargai. Kita muda lagi kan?

Kepada Ocha Syazleen, kau pulak jangan asyik nak nasihatkan kawan kawan sampai kau gila dengan masalah kau sendiri. It's okayy. Jangan terlalu cepat memberi dan menerima. You better be extra careful after this.

* Aku sayang kawan kawan aku. Biar aku rasa susah, asalkan kawan kawan aku senang. " ADA KAU KESA?" Lastly, I LOVE YOU sayangs. Ingat pesan aku, ingat sumenye lah. Highlight ayat aku dalam kepala otak korang. AIR MATA KITA TERLALU MAHAL UNTUK JATUH SESUKA HATI. Jom kita sama sama lawan perasaan yang tak patut ada ni okayy.

Sunday, October 3, 2010

Makan makan untuk kawan kawan

Hari ni happening gile! Ramai gak la datang rumah aku tapi cuma gambar ni je yang sempat ambik. Yang lain2 dah tak larat. Penat posing + battery low. Haha. Sangat excited sampai tak tau nak cerita dari mana dan macam mana. Haha.









Selesai pasal budak2 yang datang rumah. Ni suku je. Ada lagi tapi x sempat nak amek n upload. Ok la ni. Asal ada kan?

Berikut pula gambar masakan yang sempat aku sediakan:

Ayam masak merah hentam la labu


Sayur goreng tak semenggah



Telur goreng hancuss



Okayy, sekian sahaja untuk kali ini.
Sayang daripada Ocha



Saturday, October 2, 2010

Ragam Manusia

Situasi 1:


Hari ni masa aku gi wedding kat rumah mak angkat aku, tiba-tiba aku ternampak sorang mak cik ni. Masa datang masuk nak tengok pengantin, muka rilex jek. Sopan je dengan baju kurung dia. Muka pun sweet sangat mak cik ni. Aku pun rilex ar salam salam dengan mak cik ni. Tak lama lepas tu aku dengar suara mak cik mak cik ketawa. Aku diam jek. Malas nak pandang. Jap agi ada bunyi tambahan. Macam benda berlaga. Aku pun toleh lah. Haha. Mak cik yang aku cakap sopan and sweet tu rupanya tengah syok cerita. Fuhhh.. tangan dia naik tinggi macam nak terbang ar time cerita. Lengan baju dah naik kat siku. Perghhhhhhhhhh.. gelang emas dia tak nak banyak lak kan? Penuh kiri kanan tangan dia. Mak cik mak cik yang lain dah ternganga tengok. Hahaha. Aku ketawa sendiri tengok gelagat mak cik tu. Tak cukup lagi tu emas dia. Tengah syok syok cerita, dia tarik lak kain tudung yang kat depan tu bawak ke bahu. Hah! Amek kau! Rantai penuh kat leher. Tak berat ke mak cik oii! Ni keje kawen. Bukan majlis rasmikan Habib Jewels. Buatnye kena rompak, kan naya je tu? Moral of the story, bersederhana lah di mana-mana kita berada. Tak salah nak pakai barang kemas, tapi jangan lah melampau sampai macam tu. Dah riak namanya. Harap harap lah mak cik tu selamat sampai rumah dia.

Situasi 2:

Pukul 2 aku  nak pergi rumah Zaiton Sameon a.k.a Amalina Jalal pulak. Openhouse untuk kawan kawan. Mulanya aku plan pergi dengan Diana je, tapi tibe tibe si Titod text aku Bob jemput datang rumah dia. Pas bincang, aku konvoi dengan diorang gi umah Bob dulu then baru gi umah Eton. Kat rumah Bob, macam2 perangai budak budak ni. Nama pun ragam manusia. Tak lepas nak buat benda nakal je. Haha. Dah la salah rumah mula mula. Malu betul. Nasib baik aku tak ikut masuk rumah orang tu. Haha. Kat rumah Bob, semua orang wat macam kat rumah sendiri. Yang marhaban tak serius lain, yang kebulur tak ingat kawan lain, macam macam la. Dah abes makan kat uma Bob, makan nasi kuning dengan ayam masak kari, kitorang gerak gi umah Eton. On the way gi umah Eton lak, kecoh betul atas motor! Boleh pulak main hon hon  kat tengah jalan. Macam orang gila. Macam bunyi ambulans pun ada. Haha. Sampai kat umah Eton, aku lak wat kepala sendiri. Macam rumah tu aku yang punya. Haha. Pas salam tuan rumah, aku terus ngadap makanan lagi. Bukan nak makan sangat pun. Cuma aku excited nampak makanan banyak atas meja. Haha. Mula mula aku capai nugget. Habis tu aku makan puding pulak. Habis makan puding, aku ternampak ubi rebus. Teringin lak nak jadi orang lama. Aku makan lagi. Habis tu, mata aku tiba tiba aim kat mi rebus. Haha. Nampak yummy! Aku makan lagi ( satu sudu je aku makan. Can you imagine? Sikit je taw!) Habis rasa, aku nampak nugget. Aku makan lagi. Aku makan puding lagi sekali. (Agaknya angin tension aku sampai sebab tu makan banyak. Before ni aku makan sikit =) ) Habis makan puding, aku minum air anggur! Fresh! Tak tau la bape banyak aku minum. Yang aku, tiap kali air dalam gelas aku kosong, Eton refill balik. Hahaha.

Situasi 3:

Aku tak nak sambung openhouse lagi. Aku nak balik. Aku nak settle barang yang aku nak masak untuk esok. So then, aku pun pergi hypermarket and beli sayur, ayam, rempah tumis, lada kering, serai, halia, karot, kunyit, soh hoon, tahu kering and macam macam lagi la. So, nak dijadikan cerita, aku jumpa lagi 1 ragam manusia kat sini. Ada one girl ni. Bertudung ya, Mr Blog. Muka nak sombong abes. Ada aku kesah? Aku wat tak nampak jela. Suddenly, bila dia pusing belakangkan aku, wahhhhhhhhhhh! Amatlah dahsyat! Pakai tudung tapi rambut? Masya-Allah! Cantik je berjuntai kat belakang. Pakai anak tudung tapi keluarkan rambut? Kalau ye pun sayang nak ikat rambut rebonding, you better tanggalkan tudung tu! Jangan nak menghina okay? Lagi satu, pasal pakaian. Macam ada sorang kakak ni. Aku baran betul tengok dia. Pakai tudung litup! Tapi kat kaki tu sarung skirt atas buku lali then baju almost sleeveless. WTF! Se setan setan aku ni pun, malu la pakai cam tu! Awak tu bertudung! Jangan nak macam orang Yahudi mabuk pulak! Haiissh! Tak pasal pasal nak angen pulak kat sini. Hahaha. Manusia, manusia.

*p/s: okay la Mr Blog. Esok lepas habis majlis makan makan kat rumah aku, aku sambung lagi cerita dengan title yang baru and gambar yang lawa lawa ya. Cukup lah hari ni Mr Blog kena dengar aku berleter pasal ragam manusia. Seb baik kau ni just a web, Mr Blog. Hahaha. Daaaaa~

Monday, September 27, 2010

Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih

Hai Mr Blog!

Lepas apa yang dah jadi dalam hidup aku sebelum ni, aku rasa tak apa lah. Biar aku yang angkat bendera putih. Buang yang keruh ambil yang jernih. Aku tau sampai kiamat pun dia tak akan ngaku salah dia and wat penat je tunggu. Haha. Fullstop.

Untung la kau Mr Blog. Pas ni tak payah lagi dengar aku cerita pasal dia. Blog ni aku wat khas untuk cerita cerita yang happy je k. Macam cerita sambutan hari raya kat sekolah hari tu. Best gileeeeeeeeeee nok! Akhirnya kelas Akaun berjaya bergabung. And aku rasa kelas kitorang paling bising. Lagi lagi si Bagong. Tekak dia sorang je dalam kelas tu time nak amek gambar ramai ramai. Haha!

                                              Gedik2 Bagong dengan Yana pakai sedondon


                                   Aku tak ada pic yang ramai2 tu. Tapi ni pun ok gak la. Haha

Aku tak save banyak pic la Mr Blog. Aku cuma banyak gambar aku dengan kawan kawan aku. Dah macam supermodel. Hahaha.


                                                                  Aku dengan Acap

                                                       Aku dengan adik, Iqramullah

                                                              Hameed in da house!!

                                                       Aku n anak sedara, Syukri Zubir

                                                      Siapa cakap aku tak 1 Malaysia?

                                                   Dengan adik aku, Uder Mamat Ali

                                                           My friends Aniza and Diana

                                                                  Aku n Aidil Penyu

                                                      Aku n Arep Daud a.k.a Kerinting

                                                                Hasmiza and Farhan

                                                           Abang aku, Along Danial

Fakhary

Senang cerita dari pagi sampai tengah hari kitorang memang sibuk. Bukan sibuk wat kerja, sebok ketawa, gurau,amek gambar, gedik gedik. Hahahaha. Ada banyak lagi gambar tapi tak ada pada aku. Lau tak, aku nak tunjuk semua pada kau, Mr Blog!

Sayang korang semua . Mmmmuuuaaahhh!