Lumrah hidup, semua manusia mesti mempunyai masalah. Masalah, masalah, masalah. Sampai mati masalah takkan selesai. Jadi, dengan akal yang ada ni kita kena sentiasa berfikir macam mana nak selesaikan masalah yang kita hadapi. Walaupun ayat aku kali ni agak skema, tapi, ADA AKU KESA? Erm.
Mungkin aku ni ditakdirkan jadi tempat untuk orang nak luahkan perasaan, lepaskan perasaan, dan mungkin memainkan perasaan. It's okayy. Nak kata pengalaman aku ni banyak sangat sampai boleh nasihatkan orang tu, tak gak. Sebab kebanyakan nasihat aku, datangnya daripada kawan kawan yang selama ni tolong support aku bila aku susah and selalunya kecewa.
Macam ni la, aku bukan penat penat membina ayat kat sini untuk cerita masalah orang. Tapi untuk tolong bagi support kat kawan kawan aku, especially my bestie, Adriana, Fazira Azwa dan Diana. Aku tau masalah korang ada jalan cerita yang berbeza beza. Tapi perasaan tu sama iaitu KECEWA, SEDIH. Benda yang sama gak jadi kat aku tapi mulai sekarang, aku akan simpan masalah aku and jadi pendengar terbaik untuk korang.
Bukan senang nak hilangkan perasaan sedih and kecewa. Aku tau and teramat faham. Benda ni akan ambil masa. Tapi, it depends on how you try to forget about it. Kalau berusaha, mesti boleh punya! Kita kan wanita moden! Konsep aku sekarang senang je. " Walau berat and susah mana masalah aku, kat luar sana ada lagi ramai yang masalah dia lagi teruk daripada aku yang Tuhan uji setakat hujung jari". Disebabkan konsep ni lah, aku dah mampu untuk berdiri atas kaki sendiri and tak menangis pasal sesuatu yang tak berapa layak nak disedihkan.
Ingat, air mata kita terlalu mahal untuk jatuh sesuka hati. Tapi aku faham jugak, setiap orang ada hak dan perasaan untuk rasa sedih and jatuhkan air mata. Tak ada siapa boleh kawal kalau dah air mata tu nak jatuh gak. Aku faham sayang. Tapi cuba rilex, and try no to think about it. Macam aku, luaran nampak aku ni sosial sangat. Keluar sana sini, merayap entah ke mana, ukur jalan Muar. Orang tak tau apa yang buatkan kita jadi macam tu. Bukan untuk larikan diri daripada masalah tapi just sebagai salah satu cara untuk tak fikir hal tu. Got it?
Wawa, please sayang. Jangan fikir negatif. Benda tu just a small matter. Kau ni stress sebab nak SPM kan? Dah dah.
Adriana, my dear. You can count on me. Kita tak pernah berhentri support awak. No matter how hurt you're, please sayang. Jangan biarkan mata awak bengkak lagi and tertipu dengan orang yang memang tak boleh dipercayai.
My dearest Diana, aku tahu kau "makan dalam". Tapi, dah berapa kali aku nasihatkan kau. Jangan mengharap pada yang tak pasti. Macam kau nasihatkan aku, jodoh kita, kita tak dapat tentukan. Lepas ni, jangan nak senang senang percaya pada orang. Aku tak nak kau sedih. Bukan aku nak suruh kau serik. Tapi ingat, hati kita, perasaan kita, terlalu istimewa dan berharga. Jangan bazir kat orang yang tak tahu nak hargai dan ada ego yang terlalu tinggi. Tak guna bersabar untuk orang yang tak tahu nak hargai. Kita muda lagi kan?
Kepada Ocha Syazleen, kau pulak jangan asyik nak nasihatkan kawan kawan sampai kau gila dengan masalah kau sendiri. It's okayy. Jangan terlalu cepat memberi dan menerima. You better be extra careful after this.
* Aku sayang kawan kawan aku. Biar aku rasa susah, asalkan kawan kawan aku senang. " ADA KAU KESA?" Lastly, I LOVE YOU sayangs. Ingat pesan aku, ingat sumenye lah. Highlight ayat aku dalam kepala otak korang. AIR MATA KITA TERLALU MAHAL UNTUK JATUH SESUKA HATI. Jom kita sama sama lawan perasaan yang tak patut ada ni okayy.
Yee aku tahu. Thanks Ellyn, kita semua ada masalah, tp mungkin kita belum cukup profesional nak handle semua masalah ni kan ? Aku beruntung sangat ada kawan kawan macam korang semua. Thankss thankss. I love you too.
ReplyDeletemacam tu lah. kita kena kuat. sampai bila kita nak tunduk pada kuasa org lelaki yg x tau nak hargai kita?
ReplyDelete